Selalunya
Bintik hitam atau “Black head” menjadi suatu masalah kepada seseorang
terutamanya perempuan. Black head ini timbul apabila liang pori tersumbat
disebabkan oleh debu dan kotoran di persekitaran. Sesetengah perempuan cukup
benci apabila muka dipenuhi dengan masalah bintik hitam ini.
Ini
tips yang kami kongsi kan untuk membantu anda hilangkan masalah black
head.
Menggunakan
krim penghilang pori/ pelekat
Krim penghilang blackhead ini
biasanya mudah diperolehi di mana mana kedai ataupun farmasi. Tapi sekarang ini,
anda boleh dapatkan blackhead removal dengan harga murah dan berkesan dengan
hanya menampal di hidung mahupun kawasan bermasalah.
Menggunakan
telur
Rendam
sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur dan kemudian tampal tisu di di
bahagian yang ditumbuhi bintik hitam tersebut. Setelah kering, tanggalkan tisu
tersebut dan cuci muka sebersihnya.
Beras
pulut dan kayu manis
Petua
tradisional juga berkesan untuk menghilangkan pori di wajah. Caranya, campurkan
kulit kayu manis dengan beras pulut. Setelah itu, goreng tanpa menggunakan
minyak sehingga ia nampak kekuningan. Cara penggunaannya, kisar lalu gosokkan
pada muka dua kali dalam seminggu.
Daun
nangka
Cara
menggunakan nya adalah dengan melumutkan sehelai daun nangka yang tua
dicampurkan dengan sedikit air. Kemudian, setelah siap sapukan pada muka yang
dibersihkan. Setelah itu, bersihkan bahagian muka dengan air suam.
Pencuci
muka
Gunakan
pencuci muka yang bersesuaian untuk anda sebagai langkah penjagaan muka dan
mengelakkan pertumbuhan pori. Amalkan dua kali sehari mencuci muka iaitu pada
waktu pagi dan sebelum tidur.
0 Response to "Tips Murah & Berkesan Hilangkan Bintik Hitam Di Muka"
Post a Comment