10 Tips Keselamatan Apabila Berlaku Banjir


Sekarang ini adalah musim banjir monsun melanda negara kita. Tengok berita tv sudah ada yang meragut nyawa, ada yang lemas dan macam-macam lagi. Takut juga ya, mana lah tahu ia boleh melibatkan sesiapa sahaja tak terkecuali ahli keluaraga kita juga. Maka amat bagus sekali jika kita tahu apa yang terbaik dilakukan dan diamalkan ketika musim banjir ini. 

Jom baca dan kita sama-sama sebarkan dan amalkan bersama. Semoga semuanya selamat.

Apabila Berlaku Banjir :
  1. Pastikan semua suis elektrik dan suis utama dimatikan untuk mengelakkan kejadian renjatan elektrik;
  2. Ikuti arahan pihak berkuasa;
  3. Segera berpindah (ke pusat pemindahan/rumah saudara lain/tempat tinggi) seperti yang diarahkan pihak berkuasa;
  4. Pastikan rumah berkunci dan barang disimpan di tempat tinggi dan selamat sebelum melakukan pemindahan;
  5. Kenal pasti individu yang mempunyai keperluan khas seperti berpenyakit kronik, kurang upaya, uzur, mengandung dan sebagainya untuk bantuan pemindahan;
  6. Sentiasa berwaspada ketika memandu pada musim tengkujuh/banjir dan gunakan laluan selamat yang telah dikenal pasti;
  7. Jangan memandu mengharungi air banjir kerana dikhuatiri kenderaan akan dihanyutkan air deras;
  8. Jika terperangkap dalam banjir, hubungi pihak berkuasa untuk bantuan dengan melaporkan keadaan dan kedudukan anda;
  9. Awasi kanak-kanak dan jangan biarkan mereka bermain di kawasan banjir atau di tepi sungai/parit/longkang/saluran air yang deras; dan
10. Jangan keluar rumah dengan mengharungi air banjir kerana bimbang dihanyutkan air deras.

Dipetik daripada Portal Banjir. Layarilah http://portalbanjir.mkn.gov.my/ untuk maklumat banjir yang terkini.

0 Response to "10 Tips Keselamatan Apabila Berlaku Banjir"

Post a Comment