Bibir
adalah salah satu anggota yang amat penting dan memerlukan penjagaan yang rapi.
Bukan hanya rambut sahaja yang perlu di jaga rapi tetapi bibir juga perlu dijaga
rapi.
Bibir
merupakan aset paling penting sewaktu kita bercakap dengan orang lain. Tipu lah
kalau anda tak pernah memperhatikan bibir orang yang sedang bercakap dengan anda
dalam seumur hidup anda kan ?
Ini
antara tips-tips dan petua yang boleh dilakukan bagi memerahkan bibir anda
secara semulajadi :
1. Madu
Madu merupakan penawar atau ubat semulajadi untuk
berbagai masalah kesihatan dan kecantikan termasuklah untuk memerahkan bibir.
Sapu madu pada bibir anda setiap malam sebelum tidur.
2. Air Mawar
Setiap kali anda hendak tidur malam, usap lembut bibir
anda dengan bola kapas yang dibasahi air mawar dingin untuk membuat bibir
kelihatan lebih lembut dan merah keesokan harinya...
3. Limau nipis
Limau nipis pada dasarnya adalah bahan pemutih
semulajadi. Campur 2 sudu makan air masak suam dan jus limau dengan 2 sudu makan
madu, lalu sapukan pada bibir, biarkan selama 10-15 minit . Akhir sekali bila
bibir dengan air suam. Jika ini dilakukan secara rutin, warna bibir yang
kehitaman akan berubah menjadi lebih merah....
4. Kunyit
Campurkan isi kunyit yang telah ditumbuk dengan 1 sudu
teh susu suam atau susu krim. Urut bibir anda dengan ramuan ini setiap hari
selama 5 minit. Ini akan membuat bibir anda kelihatan merah secara semulajadi
dan lebih kenyal....
5. Daun ketumbar
Daun ketumbar akan memudarkan warna gelap pada bibir.
Hancurkan 2 lembar daun ketumbar dengan air, kemudian sapukan pada bibir dan
biarkan selama 20 minit, kemudian bilas dengan air suam. Lakukan ini secara
rutin untuk mendapatkan hasil yang maksima.
6. Minyak Almond (Badam)
Perubahan warna bibir boleh terjadi disebabkan
kurangnya kelembapan. Minyak almond (badam) mengandungi zat yang dapat membantu
melembabkan bibir anda. Hanya sapukan minyak almond pada bibir sebelum tidur.
Untuk hasil yang lebih maksima, campurkan minyak almond dengan jus lemon dan
madu. Jika anda tidak ada minyak almond, anda boleh gantikannya dengan minyak
zaitun...
7. Gliserin
Gliserin adalah satu bahan kimia yang memiliki banyak
manafaat bagi kecantikan termasuk untuk bibir. Urutilah bibir anda dengan
gliserin setiap hari. Hal ini akan membantu mengembalikan bibir anda menjadi
merah aslinya...
8. Mentega
Anda boleh juga sapukan mentega di bibir setiap malam
sebelum masuk tidur. Ini juga dapat membantu mengembalikan warna bibir menjadi
lebih segar dan kemerahan...
9. Yoghurt
Campuran madu, yoghurt dan tepung beras serta beberapa
titik jus limau nipis juga dapat digunakan secara teratur pada bibir untuk
membuatnya kelihatan lebih merah...
Selamat mencuba....!!!!
Sumber
0 Response to "9 Tips Untuk Memerahkan Bibir Secara Semulajadi Dan Berkesan"
Post a Comment