Malam pengantin bagi pasangan suami isteri
hendaklah penuh dengan suasana kelembutan, kasih sayang dan kesenangan. Malam
yang menghubungkan suami dengan isterinya dengan tali kasih sayang dan cinta
SERTA menjadikan isterinya merasa tenang dengannya.Berikut adalah beberapa adab
yang diajar oleh ajaran Islam untuk membentuk kehidupan baru, semoga bermanfaat
:
1. Kebenaran niat
Hendaklah niat suami isteri untuk menikah
adalah untuk menjaga kehormatannya, berdasarkan sabda Rasulullah saw, ” Tiga
orang yang memiliki hak atas Allah menolong mereka : seorang yang berjihad
dijalan Allah, seorang budak (berada didalam perjanjian antara dirinya dengan
tuannya) yang menginginkan penunaian dan seorang menikah yang ingin menjaga
kehormatannya. ” (HR. Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim dari hadits Abu
Hurairoh)
2. Berhias dan mempercantik diri.
Hendaknya seorang isteri
mempercantikkan dirinya dengan apa-apa yang dibolehkan Allah swt. Pada dasarnya
hal ini dibolehkan kecuali terhadap apa-apa yang diharamkan oleh dalil seperti
mencabuti alis dan bulu diantara keduanya atau mengeroknya, menyambung rambut
dengan rambut lain, mentato, mengikir gigi agar lebih cantik. Diharamkan baginya
juga mengenakan pakaian yang diharamkan baik pada malam pengantin maupun di luar
malam itu. Diperbolehkan baginya menghiasi dirinya dengan emas dan perak
sebagaimana biasa dikenakan kaum wanita.
Begitu juga dengan si suami
hendaknya memperhiaskan dirinya untuk isterinya kerana hal ini merupakan
bahagian dari menggaulinya dengan cara yang baik. Firman Allah swt :
“ Akan
tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. ” (QS.
Al Baqoroh : 228)
Namun demikian hendaknya upaya menghias diri ini tetap di
dalam batasan-batasan yang dibenarkan. Tidak dibolehkan baginya mengenakan
cincin emas kecuali perak. Tidak dibolehkan baginya mencukur jenggot,
memanjangkan pakaiannya hingga ke tanah, mengenakan sutera kecuali tehadap
apa-apa yang dikecualikan syariat.
Teruskan
Selongkar....
3. Lemah lembut terhadap isterinya saat
menggaulinya
Diriwayatkan oleh Ahmad didalam al Musnad dari Asma binti Yazid
bin as Sakan berkata, ” Aku pernah merias Aisyah untuk Rasulullah saw lalu aku
mendatangi beliau saw dan mengajaknya untuk melihat kecantikan Aisyah. Beliau
saw pun mendatanginya dengan membawa segelas susu lalu beliau meminumnya dan
memberikannya kepada Aisyah maka Aisyah pun menundukkan kepalanya kerana malu.
Asma berkata,”Maka aku menegurnya. ” Dan aku katakan kepadanya, ” Ambillah
(minuman itu) dari tangan Nabi saw. ” Asma berkata, ” Maka Aisyah pun
mengambilnya lalu meminumnya sedikit. ”
4. Mendoakan
isterinya
Hendaklah suami meletakkan tangannya di kening isterinya dan
mengatakan seperti yang disabdakan Rasulullah saw, ” Apabila seorang dari kalian
menikah dengan seorang wanita atau membeli seorang pembantu maka hendaklah
memegang keningnya lalu menyebut nama Allah azza wa jalla dan berdoa memohon
keberkahan dengan mengatakan : Allahumma Innii Asaluka Min Khoiriha wa Khoiri Ma
Jabaltaha Alaihi. Wa Audzu bika Min Syarri wa Syarri Ma Jabaltaha Alaih — Wahai
Allah sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan dari apa yang
Engkau berikan kepadanya SERTA Aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya
dan keburukan yang Engkau berikan kepadanya.. ”
5. Melaksanakan solat dua
rakaat
Diriwayatkan Ibnu Syaibah dari Ibnu Masud, dia mengatakan kepada Abi
Huraiz,”Perintahkan dia untuk solat dua rakaat di belakang (suaminya) dan
berdoa, ” Allahumma Barik Lii fii Ahlii dan Barik Lahum fii. Allahummajma’
Bainanaa Ma Jama’ta bi Khoirin wa Farriq Bainana idza Farroqta bi Khoirin—Wahai
Allah berkahilah aku didalam keluargaku dan berkatilah mereka didalam diriku.
Wahai Allah satukanlah kami dengan kebaikan dan pisahkanlah kami jika Engkau
menghendaki (kami) berpisah dengan kebaikan juga. ”
6. Apa yang dikatakan
ketika melakukan jima’ atau saat menggauli isterinya
Diriwayatkan dari Ibnu
Abbas bahwa Nabi saw bersabda, ” Apabila seorang dari kalian mendatangi
isterinya maka hendaklah dia berdoa,”Allahumma Jannibna asy Syaithon wa Jannib
asy Syaithon Ma Rozaqtana - Wahai Allah jauhilah kami dari setan dan jauhilah
setan dari apa-apa yang Engkau rezekikan kepada kami - sesungguhnya Allah Maha
Mampu memberikan buat mereka berdua seorang anak yang tidak boleh dicelakai
setan selamanya. ”
7. Diharamkan baginya menyiarkan hal-hal yang rahsia
di antara suami isteri
Diriwayatkan oleh Ahmad dari Asma binti Yazid yang
saat itu duduk dekat Rasulullah saw bersama dengan kaum laki-laki dan wanita
lalu beliau saw bersabda, ” Boleh jadi seorang laki-laki menceritakan apa yang
dilakukannya dengan isterinya dan boleh jadi seorang istri menceritakan apa yang
dilakukannya dengan suaminya.” Maka mereka pun terdiam. Lalu aku bertanya, ”
Demi Allah wahai Rasulullah sesungguhnya kaum wanita melakukan hal itu begitu
juga dengan kaum laki-laki mereka pun melakukannya.” Beliau saw
bersabda,”Janganlah kalian melakukannya. Sesungguhnya hal itu bagaikan setan
laki-laki berhubungan dengan setan perempuan di jalan lalu (setan laki-laki)
menutupi (setan perempuan) sementara orang-orang menyaksikannya.
8.
Berwudhu diantara dua jima’ meskipun mandi adalah lebih utama
Apabila seorang
suami menggauli isterinya lalu dia ingin kembali mengulanginya maka yang paling
utama baginya adalah berwudhu sehingga dapat mengembalikan tenaganya,
sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Said al Khudriy berkata, ”
Rasulullah saw bersabda,’Apabila seorang dari kalian menggauli isterinya
kemudian dia ingin mengulanginya lagi maka berwudhulah di antara kedua (jima)
itu. ”
Didalam sebuah riwayat, ” Seperti wudhu hendak solat. ” (HR.
Muslim) Abu Naim menambahkan,” Sesungguhnya hal itu akan mengembalikan
tenaganya.”
Mandi lebih utama, sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Daud
dari Rafi’ bahwa Nabi saw mengelilingi para isterinya dan mandi ketika (hendak
menggauli) isteri yang ini dan juga dengan yang isteri ini. Dia berkata, ” Aku
bertanya kepadanya,’Wahai Rasulullah apakah tidak cukup hanya dengan sekali
mandi?’ beliau saw menjawab,”Ini lebih suci. Lebih wangi dan lebih bersih.
”
Sebaik-baiknya bagi orang yang ingin tidur dalam keadaan junub
hendaknya berwudhu dengan wudhu seperti untuk solat terlebih dahulu, sebagaimana
diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Ibnu Umar bahwa Umar berkata,” Wahai
Rasulullah apakah seorang dari kami tidur sementara dia dalam keadaan junub?’
beliau saw menjawab,”Ya, hendaklah dia berwudhu.” Di dalam sebuah riwayat,”
Berwudhu dan cucilah kemaluanmu lalu tidurlah. ”
Wudhu ini merupakan
sebuah anjuran dan bukan sebuah kewajiban, sebagaimana diriwayatkan oleh Umar
ketika bertanya kepada Rasul saw, ” Apakah seorang dari kami tidur sementara
dirinya junub?” beliau saw menjawab,”Ya dan hendaklah dirinya berwudhu jika mau.
”. Diriwayatkan oleh Ashabus Sunan dari Aisyah berkata, ” Rasulullah saw pernah
tidur dalam keadaan junub tanpa menyentuh air hingga dia terbangun setelah itu
dan mandi. ”
Dibolehkan pula untuk bertayammum, sebagaimana diriwayatkan
oleh Baihaqi dari Aisyah berkata, ” Rasulullah saw jika dirinya junub dan hendak
tidur maka dia berwudhu atau bertayammum. ”
9. Mandi
berduaan
Dibolehkan bagi suami isteri untuk mandi secara bersama-sama dalam
satu wadah, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim dari Aisyah
berkata,” Aku mandi bersama Rasulullah saw dari satu wadah antara diriku dengan
dirinya. Tangan kami saling bergantian berebutan sehingga aku mengatakan, ”
tinggalkan (sedikit air) buatku, tinggalkan buatku.” Dia berkata, ” Mereka
berdua dalam keadaan junub. ”
Dari hadith diatas maka diperbolehkan
keduanya telanjang dan saling melihat aurat satu dengan yang lainnya.
Didalam
hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah dari Muawiyah bin Haidah
berkata,” Aku berkata,’Wahai Rasulullah. Apa yang dibolehkan dan dilarang dari
aurat kami?’ beliau menjawab,”Jagalah auratmu kecuali terhadap istri atau
budakmu. ” Maka dibolehkan bagi salah seorang dari pasangan suami isteri untuk
melihat seluruh badan pasangannya dan menyentuhnya hingga kemaluannya
berdasarkan hadith ini, kerana kemaluan adalah tempat kenikmatan maka dibolehkan
melihat dan menyentuhnya seperti bahagian tubuh lainnya.
10. Bersenda
gurau dengan isteri
Dibolehkan bersenda gurau dan bermain-main dengan
isterinya di tempat tidur, sebagaimana sabdanya saw : ”Mengapa bukan dengan
gadis maka engkau boleh bermain-main dengannya dan dia boleh bermain-main
denganmu. ” (HR. Bukhori dan Muslim) dan didalam riwayat Muslim,”Engkau akan
bahagia dengannya dan dia pula akan bahagia denganmu.”
Diantara senda
gurau dan mempergaulinya dengan baik adalah ciuman suami walaupun bukan untuk
jima’. Rasulullah saw mencium dan menyentuh isteri-isterinya meskipun mereka
dalam keadaan haidh atau beliau mencium dan menyentuhnya meski beliau sedang
dalam keadaan puasa.
Sebagaimana terdapat didalam ash Shahihain dan
lainnya dari Aisyah dan Maimunah bahkan juga diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu
Daud dari Aisyah berkata, ” Nabi saw mencium sebahagian isteri-isterinya
kemudian beliau keluar menuju solat dan tidak berwudhu lagi. ” Ini sebagai dalil
bahwa mencium istri tidaklah membatalkan wudhu.
11. Dibolehkan
‘Azal
Dibolehkan bagi seorang suami untuk melakukan ‘azal iaitu
mengeluarkan air maninya di luar kemaluan isterinya, sebagaimana diriwayatkan
oleh Bukhori dan Muslim dari Jabir bin Abdullah berkata, ” Kami melakukan ‘azal
sementara al Qur’an masih turun.” Di dalam sebuah riwayat, ” Kami melakukan
‘azal pada masa Rasulullah saw dan hal ini sampai kepada Nabi saw dan beliau saw
tidaklah melarangnya. ”
Meskipun demikian yang paling utama adalah
meninggalkan ‘azl kerana hal itu dapat mengurangi kenikmatan baginya dan bagi
isterinya dan kerana hal itu juga dapat menghilangkan tujuan dari pernikahan
iaitu memperbanyakkan keturunan umat ini, berdasarkan sabda Rasulullah saw, ”
Nikahilah oleh kalian (wanita-wanita) yang dapat mendatangkan anak lagi
mendatangkan kasih sayang. Sesungguhnya aku akan membanggakan banyaknya (jumlah)
kalian di hadapan semua umat pada hari kiamat. ”
Akan tetapi tidak
diperbolehkan bagi seorang muslim melakukan ‘azal selamanya kerana dapat
membatasi dan mencegah keturunan…..
Mengunjungi kerabat pada pagi
harinya
12. Dianjurkan baginya pada pagi harinya untuk mengunjungi
kaum kerabatnya yang telah memenuhi undangannya..
Berdasarkan hadith
Anas berkata, ” Rasulullah saw mengadakan pesta saat menikah dengan Zainab. Kaum
muslimin dikenyangkan dengan roti dan daging. Kemudian beliau saw keluar menemui
ibu-ibu kaum mukminin (isteri-isterinya saw) dan mengucapkan salam kepada
mereka, mendoakan mereka dan mereka pun menyambut salamnya dan mendoakannya,
beliau lakukan itu pada pagi hari setelah malam pengantinnya.” *Semoga
bermanfaat untuk dikongsikan....
0 Response to "12 Tips Malam Pertama Dalam IslamTips Islam"
Post a Comment