8 Tips Pemanduan Di Musim Banjir | Sayangi Kereta Anda


Sekarang semua pun tahukan musim hujan dan banjir yang sedang melanda kawasan kita. Jadi mari kita baca perkongsian untuk korang semua berkenaan tips nak memandu dalam keadaan banjir. Manalah tahu kan, tiba-tiba tengah syok layan lap tuh, he hehe.. dengan tak disangka air dah naik ke atas jalan, Nak redah takut air naik ke paras enjin kereta kesayangan anda pulak kan. Boleh barai kereta korang kan.

Maka jom baca tips yang dapat kongsikan bersama..sekurang-kurangnya ia membantu kita semua di musim banjir ini lah ya.

1. Kalau rasa anda boleh elak daripada redah banjir tu, se-elok2nya anda elaklah. Cepat2 patah balik dan guna je jalan lain. Jangan fikir kereta depan lepas, kereta anda pon boleh lepas. 

2. Kalau kereta anda tu dah dikelilingi banjir, tinggalkan kereta cepat2 dan terus pergi ke tempat yang lebih tinggi. 

3. Kalau satu2nya jalan keluar adalah dengan mengharungi banjir tu, drive slow2 ( dalam 20km/jam) pada kelajuan yang tetap dan jangan lepaskan minyak, teruskan revving engine anda sebab air boleh masuk melalui ekzos dan kotak angin. Tukar gear rendah bagi kereta manual yang auto tu gear D atau 3 kot, tak reti la pakai kete auto. Hehehe! 

4. Kalau air masuk juga dalam engine, jangan cuba start balik kenderaan anda. Boleh rosak engine. Call je tow truck. 

 5. Jangan panic dan cuba memandu laju. Memandu laju dalam banjir boleh menyebabkan tayar hilang cengkaman dan boleh menyebabkan aquaplaning(tayar kenderaan berada atas air bukan atas jalan) 

6. Kalau terjadi juga aquaplaning ni, pegang kemas steering anda dan lepaskan pedal minyak sampai tayar tu grip balik jalan. 

7. Jangan memandu melawan arah traffic, kalau terpaksa juga, biarkan kenderaan dari arah bertentangan tu lalu dulu, baru anda lalu. 

8. Lepas dah berjaya harungi banjir tu, test break anda betul2. Mula2 tekan break sampai anda yakin brek tu berfungsi, lepas tu pegang steering kemas2 dan tekan brek sikit2 beberapa kali untuk mengeringkan brek anda. 

Bahayanya banjir ni adalah bila anda taktau berapa dalam banjir tu dan risiko kereta anda hanyut kalau paras air terlalu tinggi. Lebih kurang 6 inci pon dah cukup nak cecah bawah kereta anda dan menyebabkan anda hilang kawal atau menterbalikkan kereta anda. Dan paras air sekaki (lebih kurang 30cm) pon dah boleh terapungkan kereta kalau lebih lagi, terus hanyut je kereta tu. 

Peringatan Semua: Jalan-jalan yang ditenggelami air itu dianggap tidak boleh dilalui oleh:
 · Kenderaan ringan sekiranya paras banjir sedalam 0.35m (14") di permukaan jalan.
 · Semua kenderaan sekiranya paras banjir meningkat sedalam 0.76m (2'6") di permukaan jalan. 


0 Response to "8 Tips Pemanduan Di Musim Banjir | Sayangi Kereta Anda "

Post a Comment